Dunia

Lebih 700,000 penceroboh Israel tinggal di Tebing Barat

Rejim zalim luluskan rancangan bina 22,000 unit penempatan haram

TEBING BARAT, 9 Ramadan 1444H, Jumaat – Penempatan dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin meningkat pada tahun 2022 dengan pihak berkuasa pendudukan Israel meluluskan 83 rancangan penempatan haram.

Antara rancangan penempatan tersebut adalah membina lebih 22,000 unit penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.

Menurut laporan daripada Pusat Biro Perangkaan Palestin, terdapat sebanyak 483 tapak pendudukan dan pangkalan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki menjelang akhir 2022, termasuk lebih daripada 160 penempatan haram dan beberapa pos haram.

Laporan itu menyatakan bahawa jumlah peneroka pendudukan Israel di Tebing Barat yang diduduki mencecah 719,452 pada akhir 2022.

Tapak penempatan lain termasuk perindustrian, pelancong, kawasan perkhidmatan dan pangkalan tentera Israel.

Dalam pada itu, peneroka haram melakukan 1,515 serangan ke atas harta benda dan tempat ibadah, 362 serangan ke atas tanah serta sumber asli manakala 6,847 serangan terhadap individu Palestin sekali gus menjadikan sejumlah 8,724 serangan dilakukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button