Dunia

Mahkamah Israel lanjut tempoh tahanan Khalil Awawdeh

Denda tambahan sebanyak 5,000 shekel Israel dikenakan kerana bawa telefon bimbit

TEBING BARAT, 9 Ramadan 1444H, Jumaat – Mahkamah Israel semalam melanjutkan penahanan banduan Palestin, Khalil Awawdeh selama 16 bulan dengan alasan dia cuba menyeludup telefon bimbit beberapa hari sebelum dibebaskan.

Khalil dituduh memiliki serta menggunakan telefon bimbit ketika dia dipindahkan dari Hospital Assaf ke klinik Penjara Al-Ramla.

“Ini bukan perkara baru bagi kami di mana mereka cuba merosakkan kegembiraan dan kejayaan Khalil selepas dia merampas kebebasannya daripada mereka,” kata isteri Awawdeh.

Peguam Awawdeh, Khaled Zabarqa mengesahkan bahawa selain lanjutan penahanannya, mahkamah Israel juga mengenakan denda sebanyak 5,000 shekel Israel (RM6,140) serta tambahan lapan bulan tempoh penggantungan.

Khalil Awawdeh mogok lapar selama lebih 170 hari sejak 3 Mac lalu di Penjara Israel bagi membantah tindakan rejim Israel yang enggan membebaskannya.

Amnesty International menyifatkan sistem pentadbiran Israel terhadap tahanan sebagai amalan kejam dan tidak adil yang membantu mengekalkan sistem aparteid Israel terhadap rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button