Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PM mesti ada kesungguhan betulkan sistem keadilan negara

Momokan ‘tiada campur tangan politik’ tidak wajar dieksploitasi pihak lain: Puad Zarkashi

BANGI, 10 Ramadan 1444H, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ada kesungguhan untuk membetulkan sistem keadilan negara supaya tidak ada campur tangan politik di mahkamah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau menegaskan, momokan ‘tiada campur tangan politik’ tidak wajar dieksploitasi oleh pihak lain untuk terus membisu dan memekakkan telinga kepada perbicaraan adil.

“Kita tidak mahu Mahkamah terlalu kebal tanpa batas akibat momokan itu, sebaliknya mesti ada pengimbang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh tetapi mesti mempunyai perbicaraan yang adil.

Abdul Rahman berkata, jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.

Justeru, Mohd Puad menggesa kerajaan tampil menjelaskan kepada rakyat sama ada laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, tulen atau palsu.

“Kalau tulen apa kerajaan mesti buat? Ini bukan campur tangan politik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button