Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Cukai cecair vape dibimbangi rancakkan lagi pasaran

Generasi pemuda bagaimana yang mahu dibentuk kerajaan hari ini?

BANGI, 12 Ramadan 1444H, Isnin – Keputusan kerajaan mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin daripada Akta Racun 1952 akan membuka peluang yang luas dan merancakkan lagi pasaran rokok elektronik dan vape di Malaysia.

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), M Riduan Muhammad berkata, pada tahun 2016, kajian telah menunjukkan 300,000 pelajar sekolah dan pemuda merupakan pengguna vape.

“Jadi persoalannya ialah generasi pemuda yang bagaimana yang ingin dibentuk oleh pemimpin negara pada hari ini? 

“Adakah polisi yang baru dipinda membantu kepada pembentukan pemuda yang diharapkan?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

M Riduan menegaskan, pemuda adalah generasi masa depan yang penting bagi kemajuan dan keberhasilan negara. 

Atas dasar itu, amat penting bagi pemuda untuk menjadi sihat dan produktif supaya dapat menyumbang secara positif dalam masyarakat.

“Pemuda yang sihat dan produktif akan memiliki peluang lebih besar dalam mencapai tujuan dan cita-cita mereka, serta memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan bangsa,” katanya.

Beliau menyarankan supaya pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangan pindaan akta terbabit demi kebaikan rakyat. 

“Para pemuda harus memahami bahawa penggunaan rokok dan vape akan mengganggu kesihatan secara serius dan mengurangi produktiviti dalam kehidupan seharian,” katanya. 

Terdahulu media melaporkan, kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button