Dunia

‘Polis Israel menipu, keluar kenyataan palsu’

Mangsa al-Osaibi ditembak lebih 20 kali pada jarak dekat

TEBING BARAT, 12 Ramadan 1444H, Isnin – Keluarga al-Osaibi yang ditembak mati di Baitulmaqdis yang diduduki mendakwa pihak polis Israel menipu di dalam kenyataan mereka.

Polis Israel kononnya berkata, al-Osaibi cuba merampas pistol seorang pegawai selepas dia dihentikan untuk disoal siasat, mendorong pasukan untuk menembak pemuda itu.

“Mereka berbohong serta melepaskan lebih daripada 20 peluru ke arahnya ketika dia tidak mempunyai apa-apa senjata,” kata keluarga al-Osaibi dalam satu kenyataan.

Keluarga itu berkata, al-Osaibi ditembak ketika dia campur tangan untuk membantu seorang gadis Palestin.

Saksi kejadian berkata, pegawai polis Israel menahan seorang kanak-kanak perempuan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kejadian sekali gus mencetuskan pertempuran dengan sekumpulan rakyat Palestin, termasuk al-Osaibi.

“Polis menembak al-Osaibi dari jarak dekat tanpa sebarang alasan,” kata seorang lagi saksi kejadian.

Mohammad al-Osaibi ialah seorang doktor berusia 26 tahun dari Houra, sebuah perkampungan Arab Badwi di selatan Israel, telah dibunuh oleh pasukan polis Israel di pintu masuk Masjid Al-Aqsa pada awal Sabtu. -Agensi

Pautan berkaitan;

Rejim haram tembak lebih 10 kali remaja Palestin kerana tolong wanita

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button