Berita UtamaDunia

Taliban arah stesen radio wanita henti operasi kerana langgar polisi

Pengurusan radio dakwa arahan penutupan adalah konspirasi

KABUL, 12 Ramadan 1444H, Isnin – Taliban mengarahkan penutupan segera stesen radio yang dikendalikan wanita di Afghanistan berikutan memainkan muzik sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah Penerangan dan Kebudayaan di wilayah Badakhsan, Moezuddin Ahmadi berkata, stesen ‘Sadai Banowan’ telah ditutup kerana melanggar undang-undang yang diperkenalkan Taliban.

“Sekiranya stesen radio mematuhi polisi negara Islam di Afghanistan dan memberikan jaminan tidak akan mengulangi kesilapan, kami akan benarkan beroperasi semula,” katanya.

Sadai Banowan yang membawa maksud suara wanita dalam bahasa tempatan telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan memiliki lapan kakitangan dan enam daripada adalah perempuan.

Sementara itu, Ketua Operasi Sadai Banowan, Najia Sorosh menafikan pihaknya melakukan sebarang pelanggaran dan menyifatkan penutupan berkenaan sebagai konspirasi.

Najia mendedahkan, wakil daripada Kementerian Maklumat, Kebudayaan dan Direktorat Maksiat serta Kabajikan tiba ke pejabatnya kira-kira 11,40 pagi Khamis lalu dan mengarahkan stesen itu berhenti beroperasi.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran di Afghanistan pada Ogos 2021 kebanyakan wartawan kehilangan kerja.

Menurut Persatuan Wartawan Bebas Afghanistan, kebanyakan syarikat media terpaksa ditutup berikutan kekurangan dana atau kekurangan kakitangan susulan telah berhijrah ke luar.

Taliban sebelum ini melarang kaum wanita bekerja dan mendapat pendidikan termasuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Bagaimanapun tiada larangan secara rasmi berkaitan muzik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button