Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Wanita BERJASA gesa kerajaan tarik balik polisi berkait vape

Demi duit, kerajaan seperti hilang pertimbangan terhadap nasib rakyat

BANGI, 13 Ramadan 1444H, Selasa – Wanita BERJASA menggesa kerajaan menarik balik keputusan mengecualikan cecair dan gel nikotin dalam rokok elektronik dan vape daripada senarai racun yang diharamkan.

Naib Ketua Wanita BERJASA, Datin Noorzaimen A Kadir berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan kesihatan dan keselamatan rakyat berbanding cukai serta wang semata-mata.

Beliau mengkritik keputusan kerajaan yang sanggup menolak tepi kesihatan serta masa depan rakyat, demi mengaut keuntungan daripada pelaksanaan cukai ke atas penjualan produk berkenaan.

“Bukankah tugas pemerintah adalah untuk memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada rakyat di bawah pimpinannya, dengan mengusahakan jaminan keselamatan, keamanan, kesihatan dan kebahagiaan.

“Bagaimana mungkin dengan memberi ‘lesen’ nikotin boleh tercapainya kesejahteraan dan keharmonian itu? Tidakkah mencegah itu lebih afdal dari merawat?,” katanya dalam kenyataan.

Demi duit, beliau menegaskan, kerajaan seperti hilang pertimbangan terhadap nasib rakyat, termasuk golongan muda yang bakal terdedah dengan kerosakan serta kemudaratan nikotin yang ‘dihalalkan’ itu.

“Inikan pula dilonggar-longgarkan lagi kemudaratan berleluasa dalam masyarakat madani yang serupa apa yang dilaukan oleh kerajaan?

“Malang sungguh rakyat Malaysia yang berpayungkan seruan madani sebegini,” katanya.

Bermula 1 April lalu, kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pula menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair serta gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Polisi baharu itu menimbulkan pelbagai polemik dan kritikan daripada pelbagai pihak, kerana dilihat bercanggah dengan usaha kerajaan dahulu yang mahu membebaskan generasi muda daripada rokok.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button