Berita Utama

Polis tahan lelaki hina institusi diraja di Facebook

Suspek direman empat hari sehingga Ahad ini

KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1444H, Khamis – Seorang lelaki ditahan di sekitar Pendang, Kedah, semalam kerana dipercayai membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja melalui media sosial.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan berkata lelaki berusia 49 tahun itu disyaki memuat naik beberapa hantaran menerusi akaun Facebook Tuk Chik pada Isnin dan Selasa lepas.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Ahad ini (9 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Noorsiah turut menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R, iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button