Berita Utama

Solat hajat untuk rakyat Palestin di masjid seluruh Selangor esok

Kecam tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan

SHAH ALAM, 15 Ramadan 1444H, Khamis – Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini. 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan lebih 350 rakyat Palestin ditahan. 

Katanya, kerajaan negeri dan rakyat Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu yang berlaku sebelum waktu subuh ketika jemaah Palestin berada di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

“Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini,” katanya. 

Amirudin berkata, tindakan kejam itu kerap berulang terutamanya pada Ramadan seperti yang berlaku pada April tahun lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button