Berita UtamaDunia

Rejim penjajah Israel culik remaja Palestin

476 rakyat Palestin jadi mangsa tahanan Zionis sepanjang Mac

BAITULMAQDIS, 17 Ramadan 1444H, Sabtu – Rejim penjajah Israel menahan enam warga Palestin dalam serbuan di Baitulmaqdis dan Hebron semalam.

Menurut sumber tempatan Palestin, rejim pengganas itu menculik empat remaja Palestin termasuk dua bekas tahanan selepas menyerbu kediaman di sekitar Hebron.

Tentera pengganas itu secara zalim menyerang tahanan di hadapan ahli keluarga mereka.

Terdahulu, berlaku pertempuran di bandar Beit Ummar, Hebron selepas tentera pengganas menyerang dan menggeledah kediaman penduduk tanpa alasan.

Pasukan berkenaan kemudian melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah remaja Palestin sehingga mengakibatkan dua remaja cedera akibat terkena peluru hidup.

Pada masa sama, tentera rejim itu juga menyerang bandar Al-Ram di utara Baitulmaqdis dan menculik remaja yang terlibat dalam serbuan.

Sejak kebelakangan ini, rejim sering membuat serbuan dua kali sehari di kediaman-kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa Palestin, kira-kira 476 rakyat Palestin termasuk 74 kanak-kanak dan sembilan wanita diculik rejim tentera pengganas haram sepanjang bulan lepas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button