Dunia

Israel tutup lagi wilayah Palestin di tengah ketegangan

Hanya kes kemanusiaan dan kes tertunggak lain dapat akses masuk

RAMALLAH, 18 Ramadan 1444H, Ahad – Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant melanjutkan penutupan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, di tengah-tengah ketegangan dengan rakyat Palestin ketika ini.

Penyiar awam Israel, KAN melaporkan, penutupan itu akan kekal sehingga cuti Paskah Yahudi  pada 12 April, kononnya atas faktor keselamatan.

Gallant dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pengecualian hanya akan diberikan untuk kes kemanusiaan dan kes tertunggak lain.

Keputusan itu sekali gus membatalkan semua kemudahan rakyat Palestin untuk akses ke kompleks Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur – tempat serbuan ganas rejim sepanjang minggu lalu – sewaktu bulan Ramadan.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas tentera Israel menyerbu kompleks al-Aqsa serta mengusir jemaah selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu.

Serangan Israel ke atas masjid itu mencetuskan serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, di mana Tel Aviv turut bertindak balas dengan melancarkan serangan udara serta meriam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button