Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Polis Israel halang jemaah Palestin keluar semasa peneroka haram serbu pekarangan Masjid al-Aqsa

Sekeliling masjid dikawal ketat demi pendatang Yahudi

TEBING BARAT, 19 Ramadan 1444H, Isnin – Peneroka haram Yahudi sayap kanan meneruskan penindasannya dengan menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil dikawal pihak polis Israel, semalam.

Pihak polis dikerahkan mengelilingi Masjid al-Aqsa serta tidak membenarkan jemaah Palestin yang berada di dalam masjid untuk keluar.

Mereka kemudiannya membawa peneroka Yahudi masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Rakaman menunjukkan sekumpulan rakyat Palestin dan jemaah Islam dari negara berbeza menunaikan solat secara berjemaah di kawasan yang dilalui peneroka Yahudi sayap kanan.

Seorang pelajar perubatan di Universiti Istanbul, Muhammed Selman Guclu berkata bahawa solat berjemaah ini merupakan tanda perpaduan jemaah Islam dari negara berbeza terhadap rakyat Palestin.

“Saya baru mendapat keistimewaan untuk mengimamkan solat di sini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ini,” katanya.

Terdahulu, tentera Israel tidak membenarkan warga Palestin memasuki Masjid al-Aqsa bagi menunaikan solat Subuh.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah secara paksa minggu ini.

Serangan Israel ke atas masjid itu mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, dengan Israel bertindak balas dengan serangan udara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button