Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tiada bangsa lebih baik dari Melayu terima kaum lain

Bukan sahaja tak dipaksa berasimilasi, sekolah bahasa ibunda pun wujud sampai sekarang walau tak dibenar Perlembagaan

BANGI, 19 Ramadan 1444H, Isnin – Tiada bangsa yang lebih baik daripada Melayu apabila membenarkan kaum lain hidup sama seperti orang asal negara ini tanpa diasimilasikan, demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Jika dibandingkan pendatang di negara lain, beliau berkata, mereka bukan sahaja diwajibkan asimilasi paksa, bahkan diberi kata dua jika tidak sanggup berasimilasi penuh sebagai bangsa asal.

Tetapi, bukan Melayu di negara ini masih bebas mengekalkan tradisi dan budaya masing-masing, tanpa paksaan untuk menerima adat Melayu.

“Buktinya bukan Melayu kekal lebih Cina daripada warga China dan lebih India daripada warga India.

“Bukan Melayu bukan sahaja tidak diasimilasikan, malah dibenarkan membuka dan bersekolah menggunakan bahasa ibunda, walaupun Perlembagaan tidak membenarkan.

“Untuk makluman, Perlembagaan membenarkan belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda,” katanya dalam tulisan di ruangan Kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, situasi itu jauh bezanya dengan nasib minoriti umat Islam yang saban hari dibunuh serta ditindas di negara China dan India.

“Bayangkan umat Islam di India dan China, dahulu terdapat puluhan ribu buah masjid. Kini, masjid-masjid ditukar menjadi kuil-kuil.

“Nama-nama tempat yang ada kaitan dengan nama-nama Islam, semua ditukar menjadi nama-nama Hindu. Ini tidak termasuk pembolotan sektor ekonomi,” katanya.

BACA PENUH TULISAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH DI SINI;

Melayu yang saya kenali…

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button