Berita UtamaDunia

Empat terkorban serangan sasar kenderaan polis Pakistan

Bahan letupan dipasang di sebuah motosikal guna alat kawalan jauh

QUETTA, 20 Ramadan 1444H, Selasa – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan bom yang menyasarkan kenderaan polis di pasar sesak barat daya Pakistan.

Pegawai Kanan Polis, Shafqat Cheema berkata, sasaran adalah kenderaan pemangku penguasa polis yang diletakkan di Bazar Kandahari.

Laporan awal menunjukkan sejenis bahan letupan dengan anggaran empat atau lima kilogram dipasangkan di sebuah motosikal di belakang kenderaan berkenaan – dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Dua pegawai polis yang berada di dalam kenderaan berkenaan antara yang terkorban.

Tregedi berdarah itu adalah serangan kali kedua yang menyasarkan pegawai polis dalam tempoh 24 jam.

Ahad lalu, seorang lelaki bersenjata menyasarkan Polis Eagle Squad di Quetta, mengorbankan dua pegawai polis dan beberapa yang lain cedera.

Bagaimanapun, polis berjaya menembak mati suspek di lokasi kejadian.

Quetta terletak di barat daya Balochistan merupakan lokasi kepada beberapa projek yang disokong China yang mendapat tentangan kumpulan militan.

Minggu lalu, Pakistan melancarkan operasi baharu di seluruh negara bagi membasmi kumpulan militan dan berhasrat membebaskan negara daripada ancaman keganasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button