Berita Utama

Malaysia konsisten tentang kekejaman Israel

Tindakan Zionis mencabuli hak asasi manusia Palestin

PUTRAJAYA, 20 Ramadan 1444H, Selasa – Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin, berpaksi kepada keadilan dan menentang sebarang isu keganasan serta kekejaman, tegas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, pihaknya telah beberapa kali menyentuh mengenai isu Palestin termasuk ketika di wawancara bersama pihak Al-Jazeera.

 “Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh sebelum ini dilapor berkata provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang “tidak boleh diterima” dan akan mencetuskan “peperangan”.

“Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari semasa bulan Ramadan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan akan memarakkan lagi api pergolakan,” kata Abu Rudeineh. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button