Bahaya ultra kiasu dalam politik negara
Ultra kiasu akan lakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa

APA nak dihairankan pemimpin ultra kiasu berbuka puasa dalam majlis UMNO seperti yang dicanangkan media ultra kiasu?
Kalau ada yang menghairankan, jika ultra kiasu masuk Islam dalam majlis UMNO.
Adakah itu akan berlaku? Ya, jika dengan izin Allah.
Namun, melihat kepada tindak-tanduk ultra kiasu hari ini adakah mereka mahu memeluk Islam dalam majlis UMNO?
Tidak mustahil selepas ini semua majlis UMNO, akan dihadiri ultra kiasu.
Ultra kiasu akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kuasa kelangsungan memegang tampuk kuasa? Mereka akan lakukan apa jua, termasuk, menghalalkan teori Machiavelli, matlamat menghalalkan cara?
Apa nak dihairankan?
Jika tidak mana mungkin ultra kiasu sanggup mengorbankan prinsip mereka.
Jika dahulu sebut sahaja UMNO, semua buruk, tidak ada satu kebaikan UMNO
UMNO rasuah
UMNO perompak
UMNO jahat
Tidak ada sedikitpun yang positif tentang UMNO
Kenapa sekarang U-turn?
Adakah UMNO hari ini sudah suci?
Jawapan mudah budak sekolah, kerana UMNO penentu kepada kelangsungan kuasa ultra kiasu.
Ultra kiasu paling banyak dalam kerusi dalam PH, sudah tentu mereka mahukan kuasa itu? Walaupun tidak ramai yang menjadi Menteri, tidak mengapa, asalkan dapat berkuasa.
Paling penting, kuasa itu berada dalam tangan mereka. Sebab itu, ultra kiasu sanggup ‘berkorban’ meskipun tidak banyak jawatan Kabinet.
Ultra kiasu ini sangat licik, bila kuasa berada di tangan, mereka akan lakukan apa juga cara bagi memastikan agenda mereka, Malaysian Malaysia tercapai.
Bekerja bersungguh-sungguh tanpa henti dan siarkan dalam media sosial bagi menunjukkan mereka buat kerja. Kita pun cair. Tidak mustahil, selepas ini, semua berbaju kurung dan berbaju Melayu, bagi mencairkan hati-hati Melayu.
Terbaharu, mereka mahukan AUKU dimansuhkan sepenuhnya, walaupun UMNO tidak mahu lakukan. Kenapa, ultra kiasu mahu masuk ke kampus, tanpa ada halangan bagi menguasai cerdik pandai Melayu.
Saya tidak boleh bayangkan jika AUKU dimansuhkan, pelajar ultra kiasu bebas untuk menguruskan kewangan mereka sendiri dan mempunyai akaun persatuan sendiri.
Bayangkan berapa banyak sumbangan luar yang akan diperolehi, bagi melunaskan agenda mereka.
Jangan pergi jauh, lihat sahaja akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), berjuta-juta banyaknya. Itu baharu satu sekolah. Jika ada 1,300 buah sekolah, terutama yang ramai murid bagaimana?
Sebab itu Dong Zong dan Jiao Zong, boleh berdiri megah dengan bangunan sendiri, berpuluh-puluh tingkat.
Tidak cukup dengan itu, mereka mempunyai institusi pengajian tinggi tersendiri dan diiktiraf dunia, meskipun menggunakan bahasa ibunda (mandarin).
Ini belum termasuk persatuan rumah ibadat mereka.
Bayangkan selepas ini, persatuan rumah ibadat di universiti awam dan swasta juga boleh membuka akaun sendiri dan diuruskan sendiri.
Berapa banyak wang akan mereka perolehi? Semua sedia maklumkan siapakah yang menguasai ekonomi negara ini?
Bagi yang Kristian, mereka akan pastikan proses Kristinanasi akan terus mendominasi dan berkembang.
Saya cukup bimbang apabila Kristian antarabangsa bergabung dengan ultra kiasu untuk melenyapkan agenda Islam dan Melayu di negara ini.
Gerakan Malaysia for Jesus semakin dahsyat. Saya yakin ada pakatan peringkat antarabangsa.
Bila saya cakap sebegini, ramai yang akan sinis, mana mungkin, kita ada raja dan Perlembagaan.
Hari ini bukan soal raja dan Perlembagaan yang penting, siapa ada duit dan menguasai ekonomi, mereka boleh lakukan apa sahaja termasuk ‘membeli’ parti dan orang parti. Agamapun boleh dibeli jika ada duit.
Justeru, ultra kiasu akan lakukan apa sahaja bermula daripada sekarang membelai dan bercumbu dengan UMNO.
UMNO sahaja yang akan menentukan hayat ultra kiasu khusus dan PH umumnya
Sebab itu, tidak usahlah berlakon.
Jika ada pertandingan lakonan, tropinya pasti saya anugerahkan kepada pemimpin ultra kiasu ini.
Pandai sungguh berlakon.
Dalam kata lain, hayat PH bergantung kepada UMNO, hayat ultra kiasu juga bergantung kepada UMNO, meskipun UMNO hanya ada tidak sampai 30 kerusi Parlimen, tolak MCA dan MIC.
MCA dan MIC sudah tidak penting kerana mereka hanya penumpang di jalanan.
Saya buka mahu mengapi-apikan, tetapi saya kenal sangat ultra kiasu ini, sebab kami dari bangsa yang sama.
Jika mereka lunak dengan Islam dan menghormati Islam sebagai agama persekutuan, sudah lama mereka akan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu. Kenapa akhirnya PR hancur, melahirkan Pakatan Harapan (PH)?
Ultra kiasu tidak selesa dengan PAS yang mahukan Islam dan lantang, berbanding serpihan PAS yang mudah untuk diperkotak-katikkan.
Sebab itu, kita lihat, apa yang serpihan PAS buat untuk mempertahankan maruah dan agama Islam?
Sekarang inipun parti serpihan PAS itu semakin takut, apabila ultra kiasu semakin rapat dan bercumbu dengan ultra kiasu. Ultra kiasu akan terus dikejar.
Parti serpihan PAS takut menjadi tidak relevan lagi.
Maklumlah, mereka mahu merebut kerusi kawasan majoriti Melayu.
Ultra kiasu tidak akan memberi kerusi majoriti Cina kepada Melayu, kecuali Melayu yang boleh diperalatkan dalam partinya.
Sebab itu, jangan hanya nampak pengganas dalam kalangan saudara seagama, warisan kesultanan Sulu sahaja. Seganas-ganas mereka, masih seagama.
Paling saya takut, adalah pengganas seperti LTTE dan komunis.
Pengganas ini lagi bahaya daripada waris kesultanan Sulu.
Seganas-ganas orang Islam, bila tiba bab agama, mereka akan menjadi kurang ganas.
Islam akan lembutkan hati mereka, sebagaimana Islamnya orang Melayu, sehingga sanggup menerima begitu ramai pendatang, menjadi rakyat negara ini. Pokok pangkal, dengan Islam yang sebenar menjadi pegangan, pasti mereka menjadi lunak, bukan hanya dengan manusia, sama ada Islam atau tidak, termasuk juga lunak dengan haiwan, meskipun haiwan itu bernama anjing dan babi. Islam mengajar kita menghormati semua makhluk.
Tetapi berbeza dengan ultra kiasu komunis dan LTTE. Keganasan mereka sudah terbukti. Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan orang Islam.
Jangan mudah lupa dengan pemimpin ultra kiasu yang bertemu dengan pengganas LTTE? Bilangannya bukan sedikit.
Lihat saya apa yang berlaku di India dan China. Kalau mahu dekat lagi, lihatlah di Myanmar.
Buka mata dan buka minda sebelum terlambat.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah