Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

ICRC tutup pejabat di Gaza, Tebing Barat atas faktor kewangan

Pengurangan bajet turut akibatkan 24 pekerja diberhentikan

RAMALLAH, 21 Ramadan 1444H, Rabu – Jawatankuasa Antarabangsa bagi Palang Merah (ICRC) mengumumkan penutupan dua pejabatnya di bandar Khan Younis, Gaza dan bandar Jericho di Tebing Barat yang diduduki, atas faktor kewangan.

Dalam satu kenyataan, ICRC berkata, pengurangan peruntukan bajet untuk bantuan kemanusiaan akan menjejaskan kerja-kerja jawatankuasa itu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Atas sebab itu, ICRC memutuskan untuk mengurangkan kos operasi, termasuk menutup pejabat dan memberhentikan kakitangan supaya tahap sokongan serta kadar bantuan masih kekal disalurkan kepada kawasan sasaran.

Katanya, keputusan terbaharu itu turut membabitkan penutupan pejabat di Khan Younis dan Jericho serta memberhentikan 24 pekerjanya.

“ICRC akan terus menawarkan perkhidmatan di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Israel, termasuk bekerja dengan tahanan dan keluarga mereka serta keluarga yang terjejas keganasan serta konflik.

“Jawatankuasa ini juga akan terus memantau Bulan Sabit Merah Palestin pada tempoh berjaga-jaga dan kecemasan,” katanya.

Ketua Delegasi ICRC, Alessandra Menegon berkata, pihaknya akan terus komited terhadap semua komuniti yang mengalami konflik dan pendudukan sejak 1967 melalui kerja-kerja mengukuhkan perlindungan awam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button