Berita Utama

Matikan peralatan elektrik sebelum pulang ke kampung

Risiko kejadian kebakaran meningkat dalam tempoh perayaan

ALOR SETAR, 21 Ramadan 1444H, RabuOrang ramai yang bakal pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi diingatkan supaya mematikan semua peralatan elektrik sebelum meninggalkan rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon menggesa orang ramai supaya mengutamakan langkah keselamatan kebakaran, terutamanya pada musim perayaan, apabila risikonya lebih tinggi.

“Saya ingin mengingatkan semua agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi piawaian keselamatan kebakaran dengan memastikan semua peralatan mudah terbakar dan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan rumah.

“Berbaki kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, ramai isi rumah sibuk membuat persiapan menyambut perayaan tersebut.

“Bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa risiko kejadian kebakaran meningkat dalam tempoh ini,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Sayani berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan ditinggalkan dalam keadaan yamg selamat.

“Kami menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan jabatan dan bertanggungjawab mengelak kemalangan tidak diingini daripada berlaku, itu agenda kami,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button