Berita Utama

Mufti Kedah kata tipis nampak anak bulan Syawal malam Jumaat

Jangan berbalah, jadikan pihak berwajib sebagai sumber maklumat

POKOK SENA, 21 Ramadan 1444H, Rabu -Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal pada malam Jumaat (20 April) sangat tipis.

Katanya, seluruh Malaysia mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan yang akan menentukan perkara ini.

“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu, kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan,” katanya seperti dilapor Awani.

Justeru, beliau meminta umat Islam agar tidak berbalah mengenai tarikh Aidilfitri dan menjadikan pihak berwajib sebagai sumber maklumat.

“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat.

“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya.

Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang menjangka 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 21 April.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button