Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Hukuman mati terhadap tawanan perang Ukraine-Russia kejam: PBB

Pelanggaran undang-undang kemanusiaan mesti disiasat, pelaku perlu dikenakan tindakan

KYIV, 22 Ramadan 1444H, Khamis – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa pelaku yang bertanggungjawab melakukan hukuman mati terhadap tawanan perang perlu diberikan hukuman setimpal.

Beliau yang terkejut dengan tindakan berkenaan menyifatkan ia terlalu kejam dan perlu dipandang serius.

“Insiden berkenaan bukan kes terpencil tetapi perlu dipandang serius,” katanya.

Tambahnya, misi pemantauan hak asasi manusia PBB di Ukraine terkejut dengan video yang mengerikan dan tersebar di media sosial.

Tindakan itu secara jelas menunjukkan berlaku beberapa pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk yang dilakukan terhadap tawanan perang, baru-baru ini.

“Pelanggaran undang-undang kemanusiaan ini mesti disiasat dan pelaku perlu dikenakan tindakan,” tegasnya.

Sementara itu, Presiden Volodymyr Zelenskyy mengutuk tindakan kejam memenggal kepala rakyatnya dan berikrar akan mencari pelaku dan menghukumnya.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba yang membandingkan Russia dengan kumpulan Daesh menyifatkan Russia lebih kejam daripada kumpulan pengganas.

Dalam pada itu, jurucakap Kremlin pula, Dmitry Peskov berkata, kesahihan video yang tersebar itu perlu diteliti sebelum membuat keputusan walaupun mengakui tindakan berkenaan terlalu kejam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button