Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kenaikan elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan

Pembayaran akan disalur melalui Kerajaan Negeri selepas peruntukan diterima

BANGI, 22 Ramadan 1444H, Khamis – Pembayaran kenaikan elaun kepada semua guru Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan bermula Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.

Beliau juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Di bawah peruntukan syiar Islam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut melibatkan antara petugas masjid dengan memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button