Berita Utama

Apa motif jemput doktor Sikh berceramah di masjid?

Tiada lagikah doktor Melayu-Islam untuk bahas topik 'berhenti merokok'

BANGI, 23 Ramadan 1444H, Jumaat – Apakah motif sehingga menjemput doktor bukan Islam menyampaikan syarahan isu berhenti merokok di masjid?

Demikian persoalan ditimbulkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), susulan mengulas satu hantaran di media sosial membabitkan sebuah masjid di Bangsar yang dilaporkan menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk berkongsi ilmu mengenai berhenti merokok.

Video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter itu memaparkan seorang individu, dipercayai doktor memakai turban merah sedang menyampaikan syarahan kepada jemaah di masjid berkenaan, yang didakwa berlaku minggu lalu.

Cakna dengan hantaran itu, PEMBELA dalam kenyataan kesal kerana seolah-olah sudah tiada doktor Melayu-Islam yang mampu menyampaikan syarahan sedemikian.

“Sedangkan ramai ilmuwan, pakar dan ahli Melayu-Islam yang mahir dalam bidang masing-masing. 

“Kenapa perlu dijemput mereka yang bukan Islam ke masjid untuk menyampaikan ilmu?

“Bahkan, jika ingin berbahas mengenai topik ‘berhenti merokok’, sudah pasti ramai lagi ilmuwan Melayu-Islam yang mampu berceramah mengenai isu tersebut,” katanya.

PEMBELA mempersoalkan, apakah keadaan itu berpunca daripada sikap orang Melayu-Islam yang sememangnya pemurah dan terlalu gemar bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

“Hingga ada komen-komen dari orang ramai, excellent example of tolerance Malaysian style. Hope to see more of this to showcase our lovely Malaysia. Apa sudah jadi?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button