Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL

Perkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan

KUALA LUMPUR, 23 Ramadan 1444H, Jumaat – Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lepas selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button