Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Imam, siak, guru KAFA dan takmir terima RM600 Isnin ini

Bayaran sumbangan khas babitkan peruntukan lebih RM40 juta

PUTRAJAYA, 24 Ramadan 1444H, Sabtu – Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini (17 April), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.

Katanya, bantuan khas berkenaan adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lepas.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan berita gembira itu dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru KAFA serta takmir yang membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.- Bernama 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button