Berita UtamaDunia

Tahanan Palestin berisiko mati selepas 70 hari mogor lapar

Khader Adnan ditahan 12 kali, sudah 8 tahun dalam penjara

RAMALLAH,25 Ramadan 1444H, Ahad – Tahanan Palestin, Khader Adnan yang melancarkan mogok lapar dan kini memasuki hari ke-70 berdepan risiko kematian.

Kelab Tahanan Palestin memaklumkan, kesihatan Khader yang kini berusia 44 tahun amat membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal ketika meneruskan bantahan.

Khader yang berasal dari kampung Arraba berhampiran Jenin mula melancarkan mogok lapar sejurus selepas ditahan oleh rejim pengganas haram pada 5 Februari lalu.

Bapa kepada sembilan anak termasuk bayi berusia 18 bulan itu ditahan tentera pengganas sebanyak 12 kali sehingga memaksa dirinya meringkuk lapan tahun di penjara dan kebanyakan melibatkan tahanan pentadbiran.

Menurut Suruhanjaya Penjara, rejim zionis telah meningkatkan polisi penahan pentadbiran terhadap penduduk Palestin.

Jumlah tahanan pentadbiran Palestin buat masa ini melebihi 760 termasuk kanak-kanak bawah umur, wanita dan warga emas.

Suruhanjaya Tahanan Penjara juga berkata, 80 peratus tahanan pentadbiran adalah bekas banduan yang menghabiskan bertahun-tahun di penjara dan kebanyakan terdiri daripada tahanan pentadbiran.

Dasar penahanan pentadbiran adalah langkah awal penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk jangka masa panjang berdasarkan dakwaan yang didedahkan.

Sementara itu, tahanan Palestin pula sentiasa melakukan mogok lapar sebagai kaedah untuk memprotes penahanan mereka dan menuntut penamatan dasar haram yang melanggar undang-undang antarabngsa dan perjanjian Hak Asasi Manusia. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button