Berita Utama

Falsafah ‘Goyim’ melatari kekejaman Yahudi di Palestin

Istilah Goyim bawa maksud manusia selain Yahudi adalah lembu-lembu

BANGI, 25 Ramadan 1444H, Ahad – Konsep goyim yang wujud dalam kefahaman Yahudi mendorong tindakan kejam penjajah Israel terhadap warga Palestin yang tidak bersalah di negara mereka sendiri.

Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR), Ustaz Firdaus Zalani berkata, fahaman mengenai goyim ini membenarkan puak Yahudi melakukan apa sahaja terhadap bangsa lain tanpa rasa bersalah.

“Istilah goyim ini memberi makna kepada lembu-lembu, maknanya manusia-manusia lain adalah seperti lembu-lembu yang boleh diperlakukan apa sahaja,”katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau menyatakan bahawa fahaman goyim bukan sahaja dinyatakan di dalam kitab Talmud, malah rabai-rabai juga menerapkan ajaran tersebut.

Beliau berkata, pada tahun 2010, seorang rabai Yahudi, Ovadia Yosef ada menyebut bahawa goyim ini tidak ada sebarang tempat di dalam dunia.

“Adanya goyim ini ataupun bangsa-bangsa selain Yahudi ini adalah satu, menjadi hamba kepada bangsa Yahudi.

“Bila kita faham kedua-dua sudut pandang ini, falsafah yang melatari bagaimana Yahudi melihat manusia lain, dan bagaimana dia melihat diri mereka sendiri dan akhirnya kita boleh faham apa sebenarnya yang berlaku kepada dunia hari ini,” jelas beliau.

Negara haram Israel dilaporkan terus melakukan kekejaman dan keganasan terhadap penduduk Palestin.

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membentangkan laporan serangan penceroboh terhadap Palestin, di mana 3,372 insiden keganasan yang mengakibatkan 1,222 rakyat Palestin cedera pada tahun ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button