Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Lonjakan harga tiket penerbangan domestik tak masuk akal

Bayangkan tiket laluan sehala Sandakan ke Kota Kinabalu RM700

BANGI,25 Ramadan 1444H, Ahad – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa syarikat penerbangan domestik tidak terlalu mendera penumpang secara keterlaluan.

Katanya, lonjakan harga tiket penerbangan domestik menjelang sambutan Aidilfitri disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana tambang yang terlalu mahal.

Justeru, katanya syarikat penerbangan tidak sepatutnya mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tambang sewenang-wenangnya.

“Dalam bulan Ramadan tahun ini, lonjakan harga tiket penerbangan domestik amat tidak masuk akal, bayangkan tiket AirAsia bagi laluan sehala Sandakan ke Kota Kinabalu adalah RM700.

“Tiga hari lalu saya ada menghubungi Menteri Pengangkutan dan meminta tambahan penerbangan antara Sandakan dan Kota Kinabalu, menteri beritahu bahawa syarikat penerbangan bersetuju untuk menambah penerbangan pada 18, 19 dan 20 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau pada masa sama mempersoalkan bagaimana penduduk Sabah yang merantau di semenanjung di mahu pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri sekiranya harga tiket terlalu mahal.

“Beribu ringgit, laluan sehala sahaja ada yang RM3,000. Saya meminta Menteri Pengangkutan bicaralah dengan pihak syarikat penerbangan janganlah menghisap darah rakyat.

“Rakyat Sabah bukannya semua berkemampuan, mereka hanya sekadar nak balik beraya dan berjumpa sanak saudara setahun sekali,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi ciapan di Twitter turut mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.

Ka Siong yang juga presiden MCA itu berkata, hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button