Berita UtamaDunia

3,113 banduan di penjara Myanmar diberi pengampunan

17,460 tahanan politik babitkan pegawai bekas pemimpin Suu Kyi

NAYPYIDAW, 26 Ramadan 1444H, Isnin – Kira-kira 3,113 banduan Myanmar termasuk 98 warga asing dibebaskan Junta sempena tahun baharu negara itu.

Setiausaha kerajaan junta, Leftenan Jeneral Aung Lin Dwe berkata, pengampunan itu sempena perayaan Tahun Baharu Myanmar bagi membawa kegembiraan kepada rakyat dan menangani kebimbangan kemanusiaan.

Sejak rampasan kuasa pada 2021, kerajaan pimpinan tentera memenjarakan ribuan penentang dan aktivis pro-demokrasi dan secara kejam menghentikan bantahan yang mengundang kecaman global.

Bagaimanapun, Lin Dwe tidak mendedahkan maklumat lengkap mengenai senarai individu yang termasuk dalam senarai pengampunan.

Menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik memaklumkan, kira-kira 17,460 tahanan politik terdiri pegawai-pegawai bekas pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Malah kira-kira 3,240 telah dibunuh secara kejam oleh Junta.

Junta secara berkala memberikan pengampunan kepada banduan.

Bagaimanapun, jumlah pada tahun ini dan 2022 adalah sebahagian kecil daripada 23,000 yang dibebaskan ketika sambutan Tahun Baharu, dua tahun lalu iaitu 2021. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button