Berita Utama

Ada masalah tiket penerbangan? Buat aduan pada MAVCOM

Isu berkaitan syarikat penerbangan bukan dalam bidang kuasa KPDN

BANGI, 26 Ramadan 1444H, Isnin – Pengguna diminta berhubung secara terus dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkaitan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual serta pembatalan penerbangan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataannya berkata, segala isu pertikaian berkaitan perkhimatan mana-mana syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN.

“Aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel [email protected] jika mereka berhadapan dengan masalah,” katanya.

Perkara ini berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015 di mana segala aduan berkenaan dengan perkhidamatan penerbangan perlu dirujuk kepada MAVCOM.

“KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan atau merakam semua transaksi bila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada MAVCOM beserta dengan bahan bukti yang telah dirakam dan disimpan.

“Walau bagaimana pun, segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button