Berita UtamaDunia

Himpunan di Belgium peringati Hari Tahanan Palestin

Gesa tindakan serius perbuatan kejam pengganas Israel

BRUSSELS, 26 Ramadan 1444H, Isnin – Masyarakat Palestin di Belgium termasuk ahli Parlimen dan pemimpin parti mengadakan perhimpunan aman sempena memperingati Hari Tahanan Palestin.

Majlis yang diadakan secara aman berlangsung di stesen kereta api di bandar Brussels, semalam.

Himpunan ini adalah idea masyarakat Palestin di Belgium dengan kerjasama Gabungan penduduk Eropah yang menyokong Tahanan Palestin dan Pertubuhan Palestin-Belgian.

Ketika perhimpunan, peserta menaikkan bendera Palestin dan juga gambar-gambar tahanan di Penjara Israel dan sepanduk yang menyatakan solidariti perjuangan rakyat Palestin untuk kebebasan.

Perhimpunan yang disertai ratusan penduduk Palestin itu dimulakai dengan ucapan wakil dari yayasan Antal belgium yang juga merupakan Ahli Parlimen , Marc Botenga, Hamdan Al- Dumairi.

Mereka kemudian menggesa pihak berkuasa Eropah dan Belgium mengambil tindakan serius dengan mengenakan sekatan ke atas rejim pengganas.

Bagi mereka, Israel telah melanggar semua perundangan dan norma antarabangsa setiap hari sehingga membawa kematian individu yang tidak bersalah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button