Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Cubaan bunuh diri petanda ada masalah mental atau tekanan emosi serius

Masalah kesihatan mental boleh gangu kewarasan individu

BANGI, 30 Ramadan 1444H, Jumaat – Tindakan melabelkan cubaan bunuh diri sebagai jenayah hanyalah ibarat ‘menuang minyak ke dalam api’ kerana individu berkaitan mengalami masalah tekanan emosi yang serius.

Pakar Psikiatri dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Hijaz Ridzwan berkata, pelabelan itu hanya memburukkan lagi keadaan seseorang yang sudah menghadapi tekanan berat dalam hidup mereka.

“Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak untuk memelihara kesihatan diri sendiri, termasuk dari segi kesihatan mental.

“Percubaan bunuh diri adalah suatu tanda bahawa seseorang sedang mengalami masalah kesihatan mental atau tekanan emosi serius,” katanya dalam artikel disiarkan Berita Harian, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, negara yang mengenakan hukuman ke atas individu yang cuba membunuh diri tidak mempunyai sebarang kesan dalam mengurangkan kes tersebut.

“Sebenarnya berlandaskan data seperti dalam kajian oleh Lew et al pada 2022, didapati negara masih menghukum individu melakukan percubaan bunuh diri tidak menunjukkan kadar bunuh diri lebih rendah.

“…ia berbanding dengan negara tidak melakukan tindakan undang-undang terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau juga menambah, hukuman ke atas cubaan bunuh diri hanya akan menyebabkan individu tersebut berasa tidak selesa mengakses bantuan psikologi, sosial dan perubatan yang diperlukan.

“Menghukum seseorang kerana mencuba membunuh diri tidak akan menghalang individu berkenaan daripada melaksanakan niat untuk mengambil tindakan membahayakan diri sendiri.

“Sebaliknya, ia hanya menghalang mereka daripada meminta bantuan dalam keadaan krisis psikologi yang teruk,” ujarnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button