Kualiti udara Seremban makin teruk
Capai paras tidak sihat dengan bacaan IPU 130 setakat 3 petang

KUALA LUMPUR, 30 Ramadan 1444H, Jumaat – Kualiti udara di Seremban semakin teruk, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada 130 setakat 3 petang hari ini.
Ia dilaporkan semakin merosot, mencatatkan paras tidak sihat sejak sekurang-kurangnya 9 pagi hari ini, apabila dicatat pada 104.
Seremban adalah satu-satunya kawasan di negara ini hari ini dengan IPU melebihi 100.
Kawasan yang mempunyai bacaan IPU hampir tidak sihat ialah Kuala Terengganu, dengan bacaan IPU 97; Banting, pada 91; Nilai, pada 90; Segamat, pada 89; Putrajaya pada 86; dan, Klang dan Shah Alam masing-masing pada 86 dan 84.
Bacaan IPU 101 hingga 200 dianggap tidak sihat, manakala bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat, dan 300 dan ke atas adalah berbahaya.