Berita UtamaDunia

Polis China tahan 12 individu nahas kebakaran hospital

Berlaku percikan api ketika kerja-kerja pengubahsuaian

BEIJING, 30 Ramadan 1444H, Jumaat – Polis China menahan 12 individu berhubung nahas kebakaran di hospital Beijing yang mengorbankan 29 orang, kebanyakannya pesakit.

Antara yang ditahan ialah pengarah dan timbalan pengarah hospital serta pengurus firma yang terlibat kerja-kerja pengubahsuaian.

Kebakaran yang berlaku antara kejadian tragis di Hospital Changfeng kira-kira 1 tengah hari, kelmarin.

Ahli keluarga pesakit menyuarakan kemarahan selepas mengetahui kejadian hanya melalui laporan berita.

“Walaupun lebih tujuh atau lapan jam berlalu namun saya masih tidak menerima panggilan daripada pihak hospital dan berkuasa,” kata seorang ahli keluarga pesakit.

Kebanyakan mereka sanggup bermalam di hospital bagi mengetahui dan mencari ahli keluarga yang menjadi mangsa dalam kebakaran.

Manakala pesakit yang selamat telah dipindahkan ke hospital lain bagi meneruskan rawatan.

Hasil siasatan awal mendapati kebakaran berlaku kesan percikan api yang keluar ketika kerja-kerja pengubahsuaian sebelum merebak ke bahagian penyimpanan cat di stor. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button