Dunia

Rampas tanah Palestin, Israel bina 2,969 lagi penempatan haram

Penjajah Zionis peruntuk bajet besar bagi tujuan penempatan

TEBING BARAT, 30 Ramadan 1444H, Jumaat – Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Daerah Israel di Baitulmaqdis meluluskan rancangan untuk membina 2,969 unit penempatan baharu di Bukit Perancis, Pisgat Ze’ev dan penempatan Givat Shaked.

Menurut persatuan sayap kiri Israel Ir Amim, yang pakar dalam isu Baitulmaqdis, jawatankuasa tersebut memutuskan untuk menerima semua rancangan dan dokumen yang diubah suai berkaitan projek penempatan itu selepas kajian secara teliti dijalankan.

Ir Amim juga berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel telah menangguhkan perbincangan mengenai rancangan untuk membina 240 unit penempatan di Penempatan Ramot di Baitulmaqdis.

Pakar penyelidik, Fakhri Abu Diab berkata, penjajah Israel meluluskan rancangan penempatan di Baitulmaqdis dan memperuntukkan bajet besar untuk pelaksanaan itu.

Mengulas lebih lanjut, Abu Diab berkata, penceroboh haram Israel akan merampas ribuan tanah milik penduduk Baitulmaqdis di bahagian tengah, selatan dan timur kota suci tersebut.

Beliau menegaskan projek sedemikian memerlukan jalan, lebuh raya dan perkhidmatan lain, sambil menyatakan bahawa Israel melaksanakan projek sedemikian dengan mengorbankan rakyat Palestin.

Pelan baharu itu akan membahagikan kediaman penduduk Palestin di bahagian yang diduduki bandar itu kepada pulau kecil tanpa sebarang hubungan geografi.

Diab juga menyatakan bahawa projek ini akan mengasingkan bandar Baitulmaqdis dari Tebing Barat yang diduduki untuk memihak kepada peneroka haram Yahudi Israel.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button