Berita UtamaDunia

Masjid Biru Istanbul dibuka semula sepenuhnya

Erdogan sifatkan ia sebagai salah satu simbol terpenting Istanbul

ISTANBUL, 1 Syawal 1444H, Sabtu – Masjid Biru Istanbul dibuka semula sepenuhnya pada hari Jumaat, hari pertama Aidilfitri, berikutan usaha pemulihan yang bermula pada 2018, lapor Anadolu Agency.

Menghadiri upacara pembukaan masjid itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan ia sebagai salah satu simbol terpenting Istanbul.

Dalam temu bual dengan Anadolu, pengurus wilayah Direktorat Jeneral Yayasan, Hayrullah Celebi berkata, direktorat itu mengikuti prinsip memastikan masjid yang menjalani kerja pembaikan memudahkan orang melakukan ibadah.

Celebi berkata, selain penutupan ringkas selama lima bulan sejak lima tahun lalu, Masjid Biru masih beroperasi, walaupun dengan kapasiti terhad.

Masjid ini bernama Sultanahmet Camii dalam bahasa Turkiye, dibina oleh Sultan Ahmet I pada 1609-1616 di dataran yang membawa namanya di Istanbul, ibu kota Uthmaniyyah.  

Ia adalah satu-satunya masjid di Türkiye dengan enam menara.  Orang Eropah memanggilnya “Masjid Biru” kerana jubin biru, hijau dan putih yang cantik.​​​​​​​ – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button