Dorongan untuk berinfaq di jalan Allah

مَّن ذَا ٱلَّذِى يُقْرِضُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا فَيُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥ وَلَهُۥٓ أَجْرٌۭ كَرِيمٌۭ
Maksudnya: Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatka gandakan pinjaman itu untunya. (Surah al-Hadid: ayat 11)
1. Umar bin al-Khattab menyatakan bahawa ayat ini menerangkan kepada infaq di jalan Allah.
2. Ibnu Abi Hatim telah meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahawa apabila ayat ini diturunkan, Abu Dahdah al-Ansari telah berjumpa dengan Rasullah S.A.W.
3. Beliau bertanyakan adalah Allah ingin pinjaman (berwakaf) dari orang Islam. Rasullah menjawab dengan berkata, “Benar”. Abu Dahdah terus menjabat tangan Rasullah dan berkata: “Sesungguhnya aku meminjamkan kebunku untuk Rabb-ku”.
4. Kisah ini menjadi tanda bahawa para sahabat khususnya Abu Dahdah yang sanggup berwakaf dengan semua harta yang beliau miliki semata-mata ingin mencapai keredhaan Allah.
5. Kefahamandan keimanan yang dimiliki oleh para sahabat terserlah apabila dapat menunjulkan dalam setiap perbuatan mereka.
6. Allah telah memuliakan kedudukan Abu Dahdah al-Ansari melalui jalan berwakaf demi mendapat keredhaaan Allah S.W.T.
Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR)