Dunia

Kuwait lancar operasi bawa keluar rakyat di Sudan

Situasi semakin getir, pertempuran berdarah masih berterusan

KUWAIT CITY, 3 Syawal 1444H, Isnin – Kuwait melancarkan operasi kecemasan untuk memindahkan warganya dari Sudan di tengah-tengah pertempuran antara pihak Angkatan Tentera negara Afrika Utara itu dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Menteri Luar Sheikh Salim Abdullah al-Jaber al-Sabah berkata, usaha berterusan itu sebagai tindak balas kepada situasi keselamatan kritikal di Sudan selepas pemantauan rapi oleh pentadbiran politik.

Beliau berkata, semua warga Kuwait yang ingin pulang ke negara Teluk itu telah selamat sampai ke bandar Jeddah di Arab Saudi dan usaha diteruskan untuk membawa mereka ke Kuwait.

Pertempuran berlarutan selama lebih seminggu antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan RSF, dengan lebih 300 orang awam terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera, menurut angka PBB.

Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Jerman sudah melancarkan operasi bagi memindahkan warganya yang berada di Sudan.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button