Russia tingkatkan bekalan gas saluran paip China hampir 50 peratus
Gazprom sasar tingkatkan bekalan gas ke pasaran Asia

MOSCOW, 3 Syawal 1444H, Isnin – Russia akan meningkatkan saluran paip bekalan gas ke China sebanyak hampir 50 peratus tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak.
Bekalan minyak, gas dan arang Russia ke China meningkat tahun lepas, Novak memberitahu saluran berita Rossiya-1 dalam satu wawancara yang disiarkan pada Ahad.
“Bekalan gas tahun lepas adalah pada 15 bilion meter padu. Pada 2023, kami menjangkakan 22 bilion meter padu, peningkatan hampir 50 peratus,” katanya sambil memaklumkan jumlah itu akan mencapai kapasiti penuh dalam dua tahun akan datang.
Firma gergasi tenaga Russia, Gazprom menyasarkan untuk meningkatkan bekalan ke pasaran Asia, khususnya China.
Ia berikutan eksport gas ke Eropah telah menurun secara mendadak akibat sekatan ke atas perang Ukraine.
Tahun lepas, Gazprom membekalkan 10.4 bilion meter padu gas asli ke China melalui saluran paip Power of Siberia 1, yang mempunyai kapasiti tahunan 38 bilion meter padu. – Agensi