Dunia

Turkiye nafi Erdogan alami serangan jantung

Tolak dakwaan tidak berasas mengenai kesihatan Presiden

ANKARA, 6 Syawal 1444H, Khamis – Türkiye pada Rabu menolak “dakwaan tidak berasas” mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Kami menolak dakwaan tidak berasas berkenaan kesihatan Presiden @RTErdogan. Presiden akan menghadiri pembukaan loji tenaga nuklear esok melalui persidangan video,” menurut Anadolu Agency, memetik ciapan Twitter Pengarah Komunikasi negara itu Fahrettin Altun.

“Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa rakyat Turkiye berdiri bersama pemimpin mereka dan @RTErdogan dan Parti AK (Keadilan dan Pembangunan) beliau bersedia untuk memenangi pilihan raya 14 Mei,” tambah Altun.

Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata, dakwaan yang dikongsi di beberapa akaun media sosial bahawa Presiden Erdogan “mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital” tidak benar.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button