Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

58 sekolah Palestin di dua wilayah berisiko dirobohkan

Diplomat antarabangsa minta Israel batal perobohan, lindung hak pendidikan

RAMALLAH, 7 Syawal 1444H, Jumaat – Wakil diplomat antarabangsa mengadakan lawatan ke sekolah Palestin di Tebing Barat yang kini berdepan risiko perobohan oleh pihak berkuasa Israel.

Konsulat Britain di Baitulmaqdis berkata, sekolah Jubbet Al-Dhib adalah antara 58 sekolah di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang berdepan risiko untuk dirobohkan.

Susulan lawatan itu, pihak konsulat meminta tentera pengganas Israel supaya membatalkan aktiviti perobohan di sekolah berkenaan bagi memastikan setiap pelajar terus mendapat akses kepada pendidikan.

Menurut delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Palestin, kira-kira 70 kanak-kanak tadika hingga gred empat berisiko terjejas dan dinafikan hak pendidikan sekiranya tindakan perobohan dirobohkan.

Katanya, aktiviti perobohan sekolah tidak sepatutnya berlaku, selain bimbang terhadap kesusahan berterusan yang dialami penduduk Palestin di wilayah itu.

Sementara itu, wakil Ireland di Ramallah menerusi ciapan di Twitter berkata, negara haram Israel perlu bertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak Palestin dalam mendapatkan akses pendidikan yang sewajarnya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button