Berita Utama

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam lurang

Mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya

SHAH ALAM, 7 Syawal 1444H, Jumaat – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah dekat sini, petang semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian. 

Beliau berkata, bagaimanapun, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih ada arus elektrik di dalam lurang itu.

“Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, mayat mangsa berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button