Sejak bila pelancong datang Sabah nak tengok patung Mazu?
‘Bukan tolak hak bukan Islam, tapi ini sudah berlebihan’, kata Ridhuan Tee

KESILAPAN demi kesilapan pemimpin yang dipilih rakyat lakukan. Kita tidak pernah belajar daripada kesilapan. Malah terus berada atau sengaja lakukan kesilapan.
Negara ini sudah ditutupi penuh dengan patung. Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri penuh dengan patung walaupun penganutnya tidak ramai.
Bukan menolak hak bukan Islam, tetapi sudah berlebihan. Negara ini penuh dengan patung.
Terbaharu, berkaitan dengan patung Mazu di Sabah. Patung Mazu ini baharu sahaja lagi.
Sebelum itu, tanpa patung Mazu, adakah pelancong tidak datang ke Sabah?
Adakah pelancong datang ke Sabah mahu melihat patung? Bodoh betul hujah seperti ini.
Janganlah bandingkan dengan patung Buddha baring di Kelantan kerana di sini ada sejarah Siamnya, Sabah, sedikit berbeza. Ini negeri kepunyaan bumiputera. Jagalah identiti Bumiputera itu.
Dengan keberkatan, penduduknya telah berjaya diIslamkan sehingga menjadi majoriti di Sabah, 65 peratus.
Justeru, pastikan identiti Islam mengakar, bukan patung Mazu. Terlalu banyak dah, patung dan gereja di Sabah. Adakah ia tidak cukup lagi?
Jalan menuju Kundasang contoh, boleh dikatakan ada sahaja, gereja hampir setiap dua kilometer. Hak apakah yang kita perkatakan sekarang?
Adakah pelancong datang ke Sabah hendak melawat patung dan gereja? Saya tidak nampak itu semua.
Kekuatan Sabah adalah pada pulau-pulaunya bukannya pembinaan banyak patung.
Memang perancangan ultra kiasu untuk mematungkan Sabah sebanyak mungkin agar hilang identiti Islam dan Bumiputera.
Pembinaan patung yang terlalu banyak tidak akan membawa kepada keberkatan kepada sebuah negara Islam. Sama juga apabila memperkatakan tentang judi dan arak.
Ia bukan hak bukan Islam kerana ia bertentangan dengan agama bukan Islam itu sendiri.
Hak apakah yang kita perkatakan, melainkan terikut-ikut dengan hak asasi manusia Barat, yang ingin menghancurkan orang timur?
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah