Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Erdogan tangguh aktiviti kempen pilihan raya kerana radang usus

Segera tamatkan temubual eksklusif selepas mengadu badan tidak selesa

ANKARA, 8 Syawal 1444H, Sabtu – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terpaksa menangguhkan kempen pilihan raya pada hari ketiga, selepas beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan berkaitan radang usus, awal minggu ini.

Erdogan kini mencuba menjadi presiden untuk penggal ketiga selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada kali pertama pada 2003.

Selasa lalu, ketika dalam temubual eksklusif bersama stesen Televisyen beliau mengadu badan tidak selesa menyebabkan program berkenaan ditamatkan segera.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca memaklumkan penyakit yang dialami presiden berusia 69 tahun itu sebagai jangkitan gastrointestinal.

Susulan itu, semua aktiviti kempen pada Rabu dan Khamis termasuk perhimpunan terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau kemudian muncul dalam keadaan tidak sihat dan keadaan tidak bermaya pada majlis pembukaan loji janakuasa, kelmarin.

Erdogan sebelum ini pernah menjalani pembedahan bahagian usus pada 2011 namun dilapor sudah sembuh sepenuhnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button