Berita Utama

Beri kelonggaran pelajar pakai baju-T sukan musim panas

Tangguh semua aktiviti kokurikulum untuk sementara waktu

BANGI, 9 Syawal 1444H, Ahad – Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memberi kelonggaran kepada pelajar memakai baju-T sukan bersesuaian ketika mengikuti sesi persekolahan berikutan keadaan cuaca panas melampau melanda negara.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr Anuar Ahmad yakin kebenaran memakai baju-T sukan boleh meningkatkan keselesaan pelajar sepanjang di sekolah.

“Dicadangkan pelajar dibenarkan umemakai pakaian yang lebih selesa seperti baju-T sepenuhnya bagi meningkatkan keselesaan mereka menyerap peluh.

“Pemakaian tali leher dan pakaian seragam sekolah bukan sahaja merimaskan bahkan tidak sesuai pada ketika ini,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan supaya semua aktiviti kokurikulum ditangguhkan buat sementara waktu.

Ini bagi mengelakkan pelajar terdedah cuaca teruk sekali gus berisiko kepada kesihatan pelajar, katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan menangguh sesi persekolahan, Dr Anuar berkata, ia hanya merugikan pelajar dan merencatkan proses pembelajaran yang mengakibatkan sukatan pelajaran tidak sempat ditamatkan.

Katanya, banyak usaha lain yang boleh dilakukan pihak sekolah untuk meneruskan sesi persekolahan tanpa perlu menangguhkan persekolahan atau melanjutkan cuti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button