Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ibu bapa main peranan cegah strok haba

Pantau aktiviti anak-anak, elak terdedah suhu panas melampau

BANGI, 9 Syawal 1444H, Ahad – Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawasi tingkah laku anak-anak mereka daripada melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan risiko strok haba.

Pada masa sama, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu bekerjasama untuk memantau pergerakan murid-murid bagi mengurangkan risiko berkenaan.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslimin Malaysia (iGuru), Azizee Hasan berkata, sekolah harus memantau tahap kesihatan murid- murid dan segera menghantar ke klinik atau hospital jika bergejala.

“Ibu bapa segera melaporkan kepada pihak sekolah jika ada anak- anak bergejala sebagai langkah pencegahan awal,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah dan terus mengambil anak-anak mereka pulang setelah waktu persekolahan tamat.

Tambahnya lagi, pemakaian pelajar di sekolah perlu mengambil kira keadaan suhu panas yang melampau pada masa sekarang sekali gus pemakaian ves atau tali leher wajar dikecualikan.

“Pemakaian pelajar ke sekolah boleh dilonggarkan dengan memakai T- Shirt Kokurikulum bagi mengelak kepanasan bagi sekolah yang terdedah kepada cuaca panas.

“Kerjasama pentadbir, guru, ibubapa serta komuniti amat penting bagi mengelak risiko strok haba kepada murid- murid sekolah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button