Berita Utama

Kerusi PRN: BN takkan ketepi kompenen lain

Zambry kata sebarang rundingan akan dibincang bersama-sama

IPOH, 9 Syawal 1444H, Ahad – Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN.

“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama.

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Terdahulu media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button