Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Palestin desak Israel patuhi perjanjian, benarkan pilihan raya dilaksana

Israel kempen pembunuhan beramai-ramai secara kejam

RAMALLAH, 9 Syawal 1444H, Ahad – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Kesatuan Belia Sosialis Antarabangsa (IUSY) mendesak negara haram Israel mematuhi perjanjian dan membenarkan pilihan raya diadakan di seluruh Palestin termasuk Baitulmaqdis.

Gesaan itu dibuat ketika Shtayyeh menerima kunjungan IUSY di pejabatnya dan memberikan taklimat berhubung perkembangan politik terkini di Palestin termasuk pencabulan terhadap penduduk secara berterusan.

Israel kini melancarkan perang dari semua sudut termasuk geografi, demografi, kewangan dan naratif.

“Mereka berhasrat untuk mengawal semua aspek dan kehidupan penduduk Palestin di terutama melaksanakan kempen pembunuhan beramai-ramai secara kejam setiap hari, penangkapan penduduk yang tidak bersalah.

“Mereka juga melakukan rampasan tanah bagi memperluaskan penempatan Yahudi selain mengawal dan mencuri sumber air penduduk Palestin serta menyekat kebebasan bergerak,” katanya.

Perdana Menteri itu turut menekan kepentingan menghidupkan semula inisiatif Keamanan Arab bagi menamatkan kekejaman yang dilakukan Zionis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button