Berita UtamaDunia

Wanita Afghanistan gesa masyarakat antarabangsa tak iktiraf Taliban

Mereka berarak sambil laungkan slogan 'Penduduk Afghanistan adalah tebusan Taliban'

KABUL, 9 Syawal 1444H, Ahad – Wanita Afghanistan mendesak masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Taliban menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu depan.

Kempen bantahan dilakukan, sebagai menentang tindakan yang dilakukan Taliban selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Ogos 2021.

Walaupun diadakan secara aman namun ia berjaya dikesan pihak berkuasa apabila mereka melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan keadaan.

Dalam bantahan berkenaan, kumpulan wanita berarak sambil melaungkan slogan, ‘Penduduk Afghanistan adalah tebusan Taliban, ‘Kami akan berjuang ambil hak kami semula’.

Sehingga kini tiada negara yang mengiktiraf pentadbiran Taliban sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Taliban yang pernah berkuasa sejak 1996 hingga 2001 hanya diiktiraf oleh Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Minggu lalu, Timbalan Setiausaha PBB, Amina Mohammed berkata, perbincangan di Doha yang bermula Isnin akan membincangkan secara teliti langkah awal dan laluan untuk memberi pengiktirafan rasmi negara tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button