Rejim pengganas Israel agresif ceroboh hak Palestin
Sengaja tahan kenderaan, geledah tanpa alasan kukuh

RAMALLAH, 10 Syawal 1444H, Isnin – Rejim pengganas Israel sengaja memberi tekanan kepada penduduk Palestin apabila membina pusat pemeriksaan tentera di selatan pintu masuk ke bandar Al-Khader, selatan Baitulmaqdis.
Memetik dayofpalestin.ps, tentera haram itu juga sengaja menahan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan, dengan menggeladah kenderan dan memeriksa identiti penduduk Palestin.
Situasi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga beberapa kilometer dari kedua-dua arah menuju ke Baitulmaqdis atau ke bandar Hebron.
Situasi sama juga berlaku di pusat pemeriksaan tentera Huwara, Lembah Jordan dan beberapa jalan utama di Tebing Barat menyaksikan tentera menahan penduduk.
Lebih dahsyat mereka sengaja menahan kenderaan milik penduduk Palestin dari kedua-dua arah.
Keadaan berkenaan sengaja dilakukan bagi mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.
Ketegangan semakin memuncak apabila tentera haram kini sedang memperhebat serbuan di kawasan-kawasan tertentu termasuk di Masjid al-Aqsa. – Agensi