Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Gesa masyarakat antarabangsa tunjuk kuasa tentang kezaliman Zionis

Serbuan ganas tinggalkan kesan trauma pada penduduk Palestin

TEBING BARAT, 10 Syawal 1444H, Isnin – Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengecam polisi negara haram yang membenarkan aktiviti perobohan di rumah, sekolah dan infrastruktur dilakukan secara berterusan di Masafer Yatta, selatan Hebron.

MSF dalam laporan dokumentasi yang dibentangkan di pejabatnya, Hebron menggesa rejim pengganas menghentikan rancangan pengusiran secara paksa terhadap rakyat Palestin.

Mereka juga menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah yang sewajar dalam melindungi keselamatan penduduk Palestin.

Ketuanya, David Cantero-Perez, tindakan zalim yang berterusan oleh rejim Zionis adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Serbuan kasar yang dilakukan di waktu malam di Masafer Yatta juga wajar dihentikan segera berikutan memberi ketakutan dan meninggalkan kesan trauma, katanya.

MSF menyeru antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS) Kesatuan Eropah(EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak dan terus memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencabulan hak asasi manusia di Masafer Yatta. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button